3 Work From Home Outfit Ideas

Introduction

Hi Assalamualaikum semua. Kita dah nak masuk setahun dah kan adapting to “the new normal” by working from home. Ada yang dah start masuk office, ada yang masih lagi work from home. So far macam mana experience korang? Ada yang suka, ada yang tak. Tapi for me I rasa both pun ada pros and cons. Macam kalo work from home ni yang bes nya kita lebih santai dan leisure sikit. Tak perlu hadap jam, rushing sana sini hanta anak sekolah lah, nursery lah. Banyak masa habis kat jalan dan bersiap je. Betol tak. Tp yg tak besnya pulak kerja dari rumah ni especially for working mommies with kids…argghhh situasi ni mmg sgt stressful sbb kita dah macam sotong kan. Kitalah career woman, kitalah cikgu kena uruskan anak2 home schooling, kitalah suri rumah. Kadang2 tu terasa sgt overwhelming and wish things be back to normal. We just couldn’t focus and devote our energy to the work at task. Betol tak? Tapi apa2 pun, tahun 2020 ni ialah tahun yang byk mengajar kita tentang bukan apa yg kita nak tapi mengajar kita menghargai benda yang kita ada.

 

Anyways…berbalik kepada topic “working from home” ni, antara dua di bawah ni korang jenis yang macam mana?

  1. Bangun tido, basuh muka, gosok gigi, bukak laptop, start kerja  Рcheck email dan join online meeting dengan BAJU TIDO.
  2. Bangun tido, mandi, put on some light makeup and wear something comfortable and decent and start work.

Haaa korang yang mana? Baik cepat mengaku.. hehe.. Walaupun kebanyakan kita tak nampak keperluan untuk kita berhias cantik2 utk WFH sbb kita bukannya pergi mana pun. Duduk rumah je. Tp tau tak, dengan bersiap cantik2, ia boleh meningkatkan productivity lebih2 lagi in the morning bila kita nak start kerja. Secara tak langsung, kita dah set kan mood bekerja – “bersedia untuk berkhidmat”! Selain dari tu dengan kelihatan lebih presentable kita dah memberikan impression yg baik lagi2 bila korang join online meeting tu. Barulah boss dan rakan sekerja kita nampak yang kita betol-betol amik serious pada kerja kita dan bersedia untuk memberikan yang terbaik. Remember, impression counts. Bukanlaaa kita nk suroh you bersiap dan “suit up” head to toe macam you btol2 nak pergi kerja tp at least bukan start kerja dlm baju tido.

Kalau bukan dalam baju tido, then nak pakai baju apa utk WFH? Haa…. I’ve put together “3 work from home outfit ideas”, untuk memberikan korang sedikit inspirasi untuk pemilihan pakaian semasa bekerja di rumah. May they inspire you to “get dressed up”. Selain dari tu, sedikit make up tutorial yang bersesuaian supaya kita kelihatan lebih menarik.

Selamat mencuba!

Basic

Alright, so..untuk hari-hari biasa, I suka sarungkan basic outfit yang selesa that is a long sleeve shirt and a comfy pant untuk hari2 yang takde online meeting. Put on some light compact powder and lipstick and I’m ready to start my day.

Outfit No. 1 – Business on the Top, Party on the bottom

Outfit no.1 ni sgt laa sesuai di style untuk sudden call out online meeting yg memerlukan kita membuat presentation atau report kepada orang2 atasan kita. Dalam masa yang singkat, kita tak ada masa untuk dress up, apa yang korg boleh buat adalah sarungkan sahaja blazer on top of the basic outfit and there you go! Online meeting look ready. Penampilan kita dari pinggang ke atas nmpk seperti formal dan segak tapi kita masih boleh lagi menyarung seluar dan juga selipar rumah yg selesa. Tau tak, penampilan yang macam ni juga selalu digayakan oleh news reporter atau pengacara di luar negara. Hebat bukan. Kita panggil look ni “Business on the top, party on the bottom”

 

Outfit No. 2 – Suit yourself!

Haaa..untuk outfit idea yg kedua, korg boleh jugak memilih utk suit up from top to bottom. Gaya ini sgt sesuai untuk business woman, financial advisor, insurance agent atau pun leader2 yang selalu memberi motivational talk. Berpakaian lengkap full suit akan memberi aura dan energy yang mantap lebih2 lagi bila kita nak memberi motivasi atau sharing kepada team kita walaupun hanya di rumah. Kita jugak akan lebih productive.

Outfit No. 3 – Business Casual

Lets DRESS UP so we can look good DESK UP. Gaya ni sgt popular dan sesuai untuk work from home sbb ia selesa, kemas dan juga meeting ready anytime!

Untuk tgk lagi contoh2 outfit untuk “work from home” jom kita tgk video di bawah. Additional tips on makeup tutorial that is suitable for #WFH.

Hope this tutorial helps dan selamat mencuba.

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *